break the wall by reading this ..

break the wall by reading this ..

Friday, October 28, 2011

PROUD TO BE BORN AS SARAWAKIAN

ceta hari ini..BUKTI SARAWAK BERSATU...BAHKAN GEREJA PUN BOLEH BERKONGSI PAGAR DENGAN  SURAU DI MIRI..XMENJADI MASALAH PUN..XDA PN WUJUD KONFLIK AGAMA DI SANA..

PERPADUAN SARAWAK SERLAHKAN ‘SATU KELUARGA, SATU MALAYSIA’

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 yang diadakan di Dataran Kipas, Miri pada 6 Februari 2011 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk-penduduk bandaraya Miri.
Majlis yang bertemakan Jalinan Mesra 1Malaysia telah dihadiri kira-kira 25,000 orang termasuk pelancong dari dalam dan luar negara seperti Sabah, Brunei dan Indonesia. Ini merupakan julung-julung kalinya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina diadakan di luar Semenanjung Malaysia. Dalam pada itu pemilihan bandaraya Miri sebagai lokasi sambutan sangat bersesuaian memandangkan jumlah penduduk Cina di Miri berjumlah kira-kira 78,800 orang.
Miri yang diiktiraf sebagai bandaraya pada 20 Mei 2005 turut didiami oleh kaum Iban, Melayu, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Bidayuh, Penan, Kenyah, Lun Bawang, Kelabit dan banyak lagi.
Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Miri telah memberi peluang kepada penduduk dari negara jiran, Brunei untuk datang dan sekaligus memperkenalkan keunikan dan kemeriahan sambutan perayaan di Malaysia.
Kepelbagaian kaum di Sarawak yang berjumlah lebih 27 suku kaum telah dapat hidup dalam keadaan harmoni dan mendokong gagasan satu keluarga besar, kata Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Walaupun gagasan 1Malaysia baru dilancarkan, tetapi sebenarnya konsep 1Malaysia sudah lama dipraktikan di Sarawak. Ini mencerminkan satu keunikan di Sarawak di mana masyarakatnya boleh mendokong satu keluarga besar di Sarawak, katanya.
“Kita bukan sahaja perlu pertahankannya bahkan perlu pertingkatkan perpaduan yang kita kecapi sekarang ini  iaitu persamaan dalam Satu Keluarga Satu Malaysia”, tambah beliau lagi.
Acara Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 telah berjaya menghimpunan kepelbagaian budaya kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Bumiputera Sabah. Penyatuan kepelbagaian budaya ini telah menjadikan acara Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 berada dalam kelasnya tersendiri dan diraikan secara gilang-gemilang.
Bertemakan Jalinan Mesra 1Malaysia, orang ramai disajikan dengan persembahan kebudayaan dan hiburan berkonsepkan 1Malaysia dengan melibatkan penyertaan pelbagai kaum.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011. Majlis juga turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Amar Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan Datin Seri Masnah Rais, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pelancongan dan Warisan dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam serta menteri-menteri kabinet pusat dan negeri.
Sepanjang majlis itu, turut disaksikan penyampaian sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar pintar dan miskin serta sumbangan kepada 10 keluarga penduduk miskin.
Acara Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 telah memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan rumah terbuka peringkat kebangsaan dan berpeluang beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular tanahair dan tempatan seperti Jamal Abdillah, Iqwal, Diana Liu, Ricky Anderson dan pelbagai persembahan kebudayaan.

Disediakan:
Awang Mohamad Razif bin Awang Yusuf
UKOM JASA Sarawak
 

No comments:

Post a Comment